Rabu, 18 Desember 2013

1. Bismillah. Di dalam Risalah Tabukiyah, Imam Ibnul Qoyyim membagi #hijrah menjadi 2 macam.

2. Pertama, hijrah dengan hati menuju Allah dan Rasul-Nya. | #hijrah

3. Hijrah ini hukumnya fardhu ‘ain bagi setiap orang di setiap waktu. | #hijrah

4. Kedua yaitu #hijrah dengan badan dari negeri kafir menuju negeri Islam.

5. Diantara kedua macam hijrah ini, #hijrah dengan hati kepada Allah dan Rasul-Nya adalah yang paling pokok.

6. Allah berfirman, “Maka segeralah (berlari) kembali mentaati Allah.” (QS Adz Dzariyaat: 50) | #hijrah

7. Inti #hijrah kepada Allah ialah dengan meninggalkan apa yang dibenci Allah menuju apa yang dicintai-Nya.

8. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, | #hijrah

9. “Seorang muslim ialah orang yang kaum muslimin lainnya selamat dari gangguan lisan dan tangannya. | #hijrah

10. Dan seorang muhajir (orang yang berhijrah) adalah org yg meninggalkan apa yg dilarang oleh Allah.” (HR. Bukhori dan Muslim) | #hijrah

11. Hijrah ini meliputi ‘dari’ dan ‘menuju’: Dari kecintaan kepada SELAIN Allah menuju kecintaan KEPADA-Nya, | #hijrah

12. dari peribadahan kepada SELAIN-Nya menuju peribadahan KEPADA-Nya, dari takut kepada SELAIN Allah menuju takut KEPADA-Nya. | #hijrah

13. Dari berharap kpda SELAIN Allah menuju berharap KEPADA-Nya. Dari tawakal kpd SELAIN Allah menuju tawakal KEPADA-Nya. | #hijrah

14. Dari berdo’a kpd SELAIN Allah menuju berdo’a KEPADA-Nya. Dari tunduk kpd SELAIN Allah menuju tunduk KEPADA-Nya. | #hijrah

15. Inilah makna, “Maka segeralah kembali pada Allah.” (Adz Dzariyaat: 50). | #hijrah


16. Hijrah ini merupakan tuntutan syahadat Laa ilaha illallah. | #hijrah
IslamDiaries 17/Feb/2013 11:15:42 PM PST

17. Allah berfirman, “Maka demi Rabbmu (pada hakikatnya) mereka tidak beriman | #hijrah

18. hingga mereka menjadikanmu sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, | #hijrah

19. kemudian mereka tidak merasa keberatan di dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, | #hijrah

20. dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (An Nisaa’: 65) | #hijrah

21. Hijrah ini sangat berat. Org yg menitinya dianggap org yg asing diantara manusia sendirian walaupun tetangganya banyak. | #hijrah


22. Dia meninggalkan seluruh pendapat manusia dan menjadikan Rasulullah sebagai hakim | #hijrah

23. di dalam segala perkara yang diperselisihkan dalam seluruh perkara agama. Dia gak perduli mau dicela, diledek atau dihina.. | #hijrah

24. Hijrah ini merupakan tuntutan syahadat Muhammad Rasulullah. | #hijrah

Kamis, 12 Desember 2013

5 PESANAN SYEIKH AHMAD YASIN KEPADA PEMUDA DAN PEMUDI


Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.
Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

Daie dan Keegoan

Bismillah.

Dunia kini menyaksikan gerakan pemuda-pemudi Islam paling terkedepan. Barisan mereka menerobos gelombang ummah bertujuan untuk mengubahnya.

” Pemuda adalah agen pengubah yang terbaik.”

Kebersamaan mereka di dalam badan-badan tertentu, bersama dengan orang yang sefikrah dengan mereka menjadikan mereka pemuda-pemudi yang cukup bersemangat dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ini.
Masing-masing sudah mula memahami tugas amar ma’ruf dan nahi mungkar. Ditambah lagi dengan terlalu banyak sumber ilmu pada zaman kini. Ceramah-ceramah di masjid-masjid, usrah dan halaqah, dan alam maya sendiri menyajikan terlalu banyak ‘ustaz-ustazah’ palsu.
Melalui ilmu-ilmu inilah, fikrah perjuangan pemuda-pemudi mula terbina.  Ada dalam kalangan mereka, fikrah mereka terbina dengan elok dan malangnya ada dalam kalangan mereka, fikrah mereka tidak terbina dengan elok.
Mereka merasakan bila mereka punyai terlalu banyak sumber ilmu maka mereka adalah orang yang paling layak untuk memberitahu segala-galanya kepada ummah sedangkan cetek sekali ilmu pengetahuan mereka.
Dek kerana itulah, dapat kita melihat perjuangan mereka ada yang tidak tentu hala. Malah, ada perjuangan yang tidak jelas namun mereka amat sibuk mengajak manusia untuk meng’anuti’ apa yang mereka percaya.
Cuba kita lihat, pemuda-pemudi sekarang yang dikatakan sibuk berjuang namun dalam mereka tiada lagi yang berupaya menjadi pemuda-pemudi Islam yang hebat zaman para sahabat terdahulu.
Walaupun mereka hebat, tetapi jiwa  Ali R.A tiada seorang pun dalam kalangan mereka.
Walaupun bilangan pemuda ramai, tetapi amat susah sekali untuk mencari Sultan Muhammad Al-Fateh dalam kalangan mereka.
Walaupun mereka amat bersemangat, tetapi masih lagi jauh beza antara mereka dan pemuda-pemudi di Palestin sana !
Mengapa kita sebagai pemuda-pemudi ini masih begini ? Masih tidak mampu mengubah meskipun kita punya banyak kelebihan ?

PEMUDA DAN KEKECEWAAN MEREKA

Pemuda-pemudi kini mudah berasa kecewa dengan keadaan sekeliling mereka terutama manusia-manusia yang berhampiran dengan mereka.
Mereka cukup kecewa dengan manusia yang tidak memahami jalan perjuangan mereka. Mereka kecewa kerana manusia di sekeliling mereka terlalu menekan mereka.
Dan kekecewaan mereka inilah yang telah membunuh mereka sebenarnya !
Kekecewaan ini telah menjadikan mereka pemuda-pemudi yang cukup bongkak. Mereka menunding kesemua kesalahan kepada orang lain dan melupakan diri mereka sendiri.
” Ikutlah aku. Aku yang betul. Kamu semuanya salah!”
Kekecewaan ini terus menjadikan mereka bertindak dengan tindakan yang tidak waras. Mereka lebih memilih untuk memerli daripada menasihati orang-orang di sekeliling mereka dengan berhikmah.
Mereka lebih memilih untuk mengherdik daripada memujuk hati ummah dengan nasihat-nasihat yang cukup membasahkan jiwa.
Sungguh, inilah attitud yang telah menjadikan seorang daie itu bertindak melulu. Dia hanya mengikut kepalanya sendiri tanpa terlebih dahulu menimbang tara keadaan orang lain.
Keadaan inilah yang menjadikan gelombang pemuda-pemudi kini bertindak dalam kekecewaan. Sedangkan sepatutnya kekecewaan itu mereka tukar dengan kasih-sayang kepada ummah.
” Kami membunuh dengan kasih sayang.”
Inilah nasihat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna kepada dua’t di sekelilingnya. Beliau tidak mahu kita masuk ke dalam masyarakat dengan keadaan yang begitu bongkak seolah kita tahu kesemuanya.
Beliau tidak mahu kita menerjah masuk ke dalam masyarakat dengan penuh amarah, penuh rasa tidak puas hati. Beliau mahu kita masuk ke dalam medan manusia dengan penuh berhemah, kaya dengan akhlak yang mulia serta hati dan niat yang suci.
Maka, tanya semula pada diri kita semua.
Adakah kekecewaan yang berada dalam jiwa kita sebagai seorang daie, sebagai seorang pemuda ini menghalakan kita ke arah perjuangan yang betul ?

PEMUDA DAN KEBANGGAAN MEREKA

Pemuda-pemudi kini cukup berbangga dengan apa yang mereka ada.
Mereka punya tenaga dan semangat yang kuat. Sungguh, apabila seorang pemuda itu disuntik dengan fikrah yang betul dia akan menjadi seorang pemuda yang amat berguna !
Apa sahaja yang dibuat oleh pemuda-pemudi buat untuk memanggil masyarakat dan masyarakat menyambutnya dengan baik, bertambahlah kebanggaan mereka sebagai seorang pemuda !
” Ya, ummah telah datang kepadaku.”
Mereka tertipu dengan bilangan yang ramai. Mereka menyangka dengan gelaran daie itu telah mengangkat darjat mereka sedangkan sebenarnya mereka tertipu dengan hasutan syaitan !
Lihat kisah antara Iblis dan Nabi Adam A.S. Saat Nabi Adam A.S diangkat oleh Allah untuk menjadi seorang khalifah di atas muka bumi, Iblis mula rasa tergugat dan cemburu sedangkan Allah bukanlah menghadiahkan harta emas ataupun sebuah istana buat Nabi Adam A.S. Allah cuma menghadiahkan tanggungjawab sebagai seorang khalifah kepadanya dan inilah yang menjadikan Iblis tidak senang duduk !
” People nowadays fight for religious title.”
Inilah penyakit yang ada dalam kalangan dua’t masa kini. Betapa mereka terlalu bangga dengan gelaran mereka sebagai seorang daie sampai mereka hilang asal-usul diri mereka, sampai mereka lupa tujuan asal mereka.
Sampailah satu tahap mereka merasakan bahawa agama ini yang memerlukan mereka.
Segala kejayaan dakwah ini dirasakan adalah hasil usaha dari kesungguhan mereka tanpa mereka sedar akan hakikat rezeki-rezeki dakwah itu datang dari tangan Allah yang amat mengasihani kita !
Ya, itulah kata hati seorang daie yang bongkak !
Sedangkan, Allah itu tidak memerlukan apa-apa kerana Dia Maha Kaya, Dia pemilik segala-galanya. Mana mungkin Dia yang memerlukan kita kerana kita yang sebenarnya memerlukan Dia !

DUA’T DAN KEEGOAAN MEREKA





908307_588699131149005_1392443144_n 

 Bilakah masanya titik keegoaan seorang daie ini mula bertapa di dalam hatinya ?
Apabila seorang daie itu tidak tahu menghargai Allah S.W.T.
Mereka mula merasakan mereka adalah hamba-hamba yang terbaik. Merasakan seolah nama-nama mereka telahpun disenaraikan menjadi penghuni-penghuni syurga.
Mereka nampak beragama, tampak lebih hebat beramal berbanding orang lain, sedangkan di dalam diri mereka terdapat satu penyakit yang sedang membusukkan hati mereka iaitu ego !
Mereka mula memandang rendah kepada manusia yang lain. Mereka mula merasakan mereka adalah orang yang paling layak untuk berbicara tentang agama.
Sungguh, penyakit yang membunuh dari dalam adalah penyakit yang lebih merbahaya kerana seorang daie itu dia tidak sedar akan penyakit yang sedang dialaminya.
” Other people do bad actions outwardly, but ego people do inwardly.”


Apakah mereka menyangka mereka tidak akan dihukum dengan keadaan hati mereka yang cukup busuk itu walaupun luaran mereka tampak baik ?

BILA HATI MULA MENGERAS

Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik. (57 : 16)
Terkadang, dakwah dan tarbiyyah ini sudah menjadi rutin kita. Sampai satu fasa, dakwah dan tarbiyyah tidak lagi menjadi jalan yang sebenar-benar pilihan kita. Kita menganggapnya sebagai satu ketentuan dan kita terpaksa menerimanya dengan rela.
Dakwah dan tarbiyyah tidak lagi se’basah’ seperti kali pertama kita mengenalinya dahulu.
Ayat-ayatNya tidak lagi mampu menyentuh hati kita seperti dahulu sehingga kita mampu menangis mentadabburnya.
Kegembiraan dan keasyikan kita terhadapnya seolah lesap begitu sahaja.
Tertanya-tanya, ke manakah rasa itu menghilang ?
Hati yang sudah tidak punya rasa adalah hati yang keras. Dan hati yang keras datang dari keegoan yang tinggi. Di kala ini, sang daie itu akan melupakan dirinya sendiri tanpa dia sedari.
Bilakah masanya titik keegoaan seorang daie ini mula bertapa di dalam hatinya ?
Apabila seorang daie itu tidak tahu menghargai Allah S.W.T.
Mereka mula merasakan mereka adalah hamba-hamba yang terbaik. Merasakan seolah nama-nama mereka telahpun disenaraikan menjadi penghuni-penghuni syurga.
Mereka nampak beragama, tampak lebih hebat beramal berbanding orang lain, sedangkan di dalam diri mereka terdapat satu penyakit yang sedang membusukkan hati mereka iaitu ego !
Mereka mula memandang rendah kepada manusia yang lain. Mereka mula merasakan mereka adalah orang yang paling layak untuk berbicara tentang agama.
Sungguh, penyakit yang membunuh dari dalam adalah penyakit yang lebih merbahaya kerana seorang daie itu dia tidak sedar akan penyakit yang sedang dialaminya.
” Other people do bad actions outwardly, but ego people do inwardly.”


Apakah mereka menyangka mereka tidak akan dihukum dengan keadaan hati mereka yang cukup busuk itu walaupun luaran mereka tampak baik ?

BILA HATI MULA MENGERAS

Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik. (57 : 16)
Terkadang, dakwah dan tarbiyyah ini sudah menjadi rutin kita. Sampai satu fasa, dakwah dan tarbiyyah tidak lagi menjadi jalan yang sebenar-benar pilihan kita. Kita menganggapnya sebagai satu ketentuan dan kita terpaksa menerimanya dengan rela.
Dakwah dan tarbiyyah tidak lagi se’basah’ seperti kali pertama kita mengenalinya dahulu.
Ayat-ayatNya tidak lagi mampu menyentuh hati kita seperti dahulu sehingga kita mampu menangis mentadabburnya.
Kegembiraan dan keasyikan kita terhadapnya seolah lesap begitu sahaja.
Tertanya-tanya, ke manakah rasa itu menghilang ?
Hati yang sudah tidak punya rasa adalah hati yang keras. Dan hati yang keras datang dari keegoan yang tinggi. Di kala ini, sang daie itu akan melupakan dirinya sendiri tanpa dia sedari.


907096_588699857815599_249273412_n


 Keegoan inilah yang menjadikan seorang daie itu akhirnya menjadi palsu. Luarannya tampak hebat, tetapi secara sembunyi, dia sedang mencetak belangnya yang sebenar. Akhirnya, seorang daie itu akan menjadi diri yang terlampau berbeza !
Masa yang panjang adalah satu faktor yang cukup kuat untuk mempengaruhi keegoan seseorang. Contohnya mudah, seorang daie yang telah lama di dalam jalan dakwah bertindak merendah-rendahkan orang yang masih baru menyertai jalan ini.
“ Ish, adik-adik tak boleh tahu tentang hal ini.”
Bila ditanyakan soalan, kita lebih memilih untuk menyalahkan orang yang bertanya daripada memberi jawapan yang memuaskan hatinya.
Sungguh, memang dakwah dan tarbiyyah ini mempunyai tahapan dan susunannya. Tetapi, tahapan dan susunan itu hanyalah urusan manusia yang serba kekurangan. Tujuannya, hanyalah untuk memudahkan urusan dalam dakwah dan tarbiyyah agar segala gerak kerja kita ini terhasil dengan muntij.
Bukanlah kerana pengalaman atau pengetahuan kau yang banyak itu, kau boleh merendah-rendahkan manusia yang lain dengan begitu mudah !
Jangan cepat menyangka orang di luar jalan dakwah dan tarbiyyah ini tidak mengetahui apa-apa kerana mungkin sahaja mereka itu lebih hebat dari kita semua.


Dakwah dan tarbiyyah bukanlah atas dasar pengalaman semata.  Dakwah dan tarbiyyah adalah satu proses pembelajaran yang berbeza-beza bagi setiap manusia. Maka, pelajarilah daripada orang-orang yang sedang belajar juga di sekelilingmu meskipun apa yang kamu pelajari itu adalah hal yang sama kerana boleh jadi dia pelajar yang lebih baik berbanding diri kamu sendiri.

Percayalah, betapa seorang daie yang ego itu tidak akan diterima oleh ummah. Ummah tidak memerlukan daie  yang sombong untuk memimpin mereka. Ummah memerlukan daie yang penuh tawadhu’ dan khusyuk.
Sang daie itu pun mula berjalan di atas muka bumi ibarat seorang raja yang penuh bongkak.
Apabila ada manusia yang menegur kesalahannya,
dia akan membalas, “ Layakkah kau untuk menegurku ?”

Apabila ada manusia yang menolak pendapatnya,
dia akan membalas, “ Mengapa pendapatku tidak diterima ? Bukankah pendapatku adalah pendapat yang terbaik berbanding kamu semua ?”


Malah, mungkin sahaja seorang daie tinggi egonya itu akan turut menghasilkan ummah yang ego terhadap perintah dan hak-hak Allah.
Dan Tuhanmu berfirman, “ Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (40:60)
Ummah memerlukan seorang daie yang halus jiwanya. Menyentuh manusia dalam keadaan dirinya sendiri juga serba kekurangan.  Betapa penting untuk seorang daie itu memahami akan konsep islah dan musleh.
Konsep ini mengajar kita betapa peluang untuk memperbaiki kelemahan itu sentiasa ada. Bukanlah apabila seorang daie itu menabalkan dirinya sebagai seorang daie, dia tidak lagi perlu untuk memperbaiki dirinya sendiri.
Andai mereka tidak lupa untuk mengislah diri mereka, para dua’t akan mudah mendatangi manusia dan mengislah yang lain pula.

Wahai dua’t, sedarilah bahawa ummah mahu berjalan seiring dengan kamu semua. Kerana jika kau berjalan dengan penuh ego, kau akan mendapati mereka akan meninggalkanmu. Jika kau berjalan dengan penuh rendah hati, mereka akan jujur sekali mengikutimu.
Keegoan hanya merencatkan kerja-kerja dakwah seorang daie. Keegoan secara tidak langsung akan mengubah niat dan amalan-amalan yang terhasil.
Niat akan mula berkarat, dan amal pula hilang rasa kehambaannya.
Pintu hatinya sendiri mula tertutup daripada menerima hidayah Allah.
(iaitu) orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka. Sangat besar kemurkaan (bagi mereka) di sisi Allah dan orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah mengunci hati setiap orang yang sombong dan berlaku sewenang-senangnya. (60:35)
Seterusnya, dia akan menjadi seorang daie yang disisihkan oleh Allah.
Akan Aku palingkan  dari tanda-tanda (kekuasaan-Ku) orang-orang yang menyombongkan diri di bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat setiap tanda (kekuasaan-Ku) mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak (akan) menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya. (7:146)


Berjalan keliling alam,
Langit tanpa tiang,
Dua sayap burung mampu terbang,
kekaguman tidak dapat dihentikan,
dari mana datangnya keindahan ?
Berjalan keliling alam,
kesempurnaan milik yang Esa,
jangan dicari pada hamba,
yang Esa penuh keagungan,
yang hamba dilimpah kekurangan.
Berjalan keliling alam,
bahana ego mula menyapa,
hingga lupa diri yang sebenarnya,
tertonjol belang tak kira tempatnya !
Berjalan keliling alam,
mudah terasa hebat,
berlagak sampai ummah meluat,
bodoh diadun sombong,
Tuhan menilai dakwahnya kosong !
Berjalan  keliling alam,
jangan lupa kamar muhasabah,
di sana singgahsana buat ruhiyyah,
latih ego biar dibawah,
kerana kita hamba lemah.














 
 
 
 
Universiti Tarbiyah | Saling tidak tumpah seperti orang dewasa lagaknya. Tidak mementingkan diri dan sungguh pemurah. Ya, dirinya sungguh pemurah tatkala mewakafkan rumahnya untuk kemaslahatan dakwah dan tarbiyah pada ketika itu. Tempat tinggalnya di kawasan Bukit Safa menjadi pilihan, sebagai tempat berkumpul Rasulullah S.A.W. dan para sahabat semasa dakwah masih sirriyah ( secara sembunyi).
Bukan itu sahaja! Di situ jugalah tempat Nabi Muhammad S.A.W mengajarkan wahyu kepada para sahabat dan membina kefahaman mereka. Inilah lokasi di mana sesi usrah, musyawarah,muayashah (kebersamaan) danqadhaya(perbincangan masalah) diantara Nabi S.A.W dan 40 para sahabat berlaku.
Inilah nukilan pendek kisah seorang pemuda daripada suku kaum Makhzum, Abu Abdillah al-Arqam bin Abi al-Arqam al-Makhzumi. Pemuda yang ketujuh digelar as-Sabiqun al-Awwalun, hanya berusia 16 tahun ketika memeluk Islam di saat dakwah baru sahaja berputik di bumi Mekah. Kisahnya tidaklah kerap menjadi buah mulut orang, hanya sekali-sekala meniti di bibir para pejuang di era baru. Bukanlah harta atau kuda perang yang disumbang, tetapi tempat tinggalnya yang menjadi cagaran untuk memperoleh redha dari Allah S.W.T.
Sungguh besar fungsi Rumah Arqam Bin Abi al-Arqam, tempat bermulanya proses pentarbiyahan Rasulullah S.A.W kepada para sahabat sehingga Islam mampu menguasai dunia.
 
 
Pendidikan VS. Pengajaran
Dar al-Arqam bukanlah seperti rumah biasa. Dekornya tidak mempunyai sofa lembut dan meja antik. Namun, ia dipenuhi dengan rijal-rijal dakwah yang mendambakan sentuhan dan belaian daripada seorang murabbi. Setiap jiwa yang mendatangi Dar al-Arqam, hatinya akan disentuh dan disucikan dengan wahyu Allah yang disampaikan oleh Nabi S.A.W. Itulah proses tarbiyah – proses pendidikan di zaman Rasulullah S.A.W.
Antara pendidikan dan pengajaran mempunyai perbezaan yang ketara. Orang yang mengajar hanya menyampaikan sahaja, tidak kisah sama ada orang yang menerima itu faham atau tidak apa yang diajarkan. Proses pengajaran juga lebih banyak menggunakan akal untuk menerima apa yang diajarkan. Manakala, pendidikan pula bukanlah proses sehari dua, malah berpuluh-puluh tahun lamanya.
Si pendidik akan memberi didikan sehinggalah orang yang dididiknya itu faham dan dapat mempraktikkan apa yang disampaikan. Elemen hati juga amat penting dalam memahami apa yang disampaikan. Allah S.W.T telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 151 (maksudnya):
“Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Kitab (al-Quran) dan Hikmah (Sunnah), serta mengajarkan apa yang belum diketahui.”
Nabi S.A.W sebagai murabbi mentarbiyah para sahabat (mutarabbinya) satu persatu, sedikit demi sedikit, satu wahyu ke wahyu berikutnya secara tidak terburu-buru, supaya apa yang disampaikan baginda dapat difahami dan diamalkan setiap mutarabbinya. Dalam pada itu, Rasulullah S.A.W juga ditarbiyah secara langsung oleh Allah S.W.T. Setiap murabbi itu juga adalah seorang mutarabbi. Akan ada murabbi lain pula yang akan mendidiknya. Begitulah wasilah pentarbiyahan Rasulullah S.A.W, mendidik para sahabat di Dar al-Arqam dalam bentuk nukleus-nukleus kecil (usrah) dan juga secara beramai-ramai seperti daurah.
Sepertimana proses pentarbiyahan yang telah diguna pakai dalam madrasah Rasulullah S.A.W, itu jugalah yang perlu kita amalkan dewasa ini. Kitalah yang perlu menyambung tugas pentarbiyahan ini, saling ingat memperingati antara satu sama lain. itulah fungsinya pendidikan atau tarbiyah ini kepada kita, supaya kita sentiasa diingatkan ketika ada yang terlupa dan terlalai.
Kecemerlangan Luar Biasa!
Institusi pendidikan Rasulullah S.A.W. ini bukanlah sesuatu yang kuno dan tidak boleh diguna pakai di zaman ini. Walhal, dengan cara inilah yang telah menyebabkan Islam pada suatu ketika dahulu telah menjadi World Order atau Ustaziyatul ‘Alam kepada dunia. Dengan cara usrah dan daurah inilah, agama ini mempunyai pendokongnya – qaedah sulbah yang sentiasa memperjuangkannya.
Mana mungkin, Islam ada tulang belakang seperti Uthman bin Affan yang sangat banyak menginfakkan hartanya fi sabilillah.
Mana mungkin Saidina Hamzah sanggup berjihad mempertahankan Islam sehingga akhirnya syahid di medan Uhud.
Jika tidak kerana pentarbiyahan sebegini, mana mungkin Bilal bin Rabah sanggup menahan panas terik matahari atas dasar mempertahankan keimanannya. Inilah para graduan yang lahir dari madrasah Rasulullah S.A.W, yang berjaya dengan cemerlang dalam setiap mehnah yang dihadapinya, tidak mudah gentar dan putus asa, serta sentiasa cakna dengan isu umat di sekeliling mereka.
Institusi tarbiyah ini yang tidak hanya berlegar di zaman Rasulullah S.A.W sahaja, malah ia berterusan hingga ke zaman Khulafa’ ar-Rasyidin, yang kemudiannya berkembang hingga ke zaman Umayyah dan akhirnya mencecah ke darjah yang paling tinggi pada zaman Abbasiyah.
Begitulah kisah kecemerlangan tamadun Islamiyah yang dicapai melalui proses pentarbiyahan yang dimulakan oleh Rasulullah S.A.W. Proses tarbiyah yang mesti dilalui oleh setiap seorang dari kita. Daripada tarbiyahlah, kita memahami tujuan penciptaan kita. Dengannya jugalah kita menjadi manusia berpotensi yang tidak hanya memikirkan mengenai kehidupan sendiri. Jangan hanya menjadi manusia yang menunggu-nunggu bila tarbiyah tiba, tetapi berusahalah mencarinya. Benarlah firman Allah S.W.T. dalam surah al-An’am ayat 125 (maksudnya):
Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah, Dia akan membukakan dadanya untuk menerima islam. Dan barang siapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia sedang mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman.”

Nasihat yang sangat berguna.

Imam Ibnul Qoyyim menjelaskan bahwasannya tempat kehidupan manusia terbagi menjadi tiga:

1. Kehidupan dunia, ialah tempat manusia berusaha dan beramal kebaikan ataupun keburukan.

2. Alam barzakh (alam kubur), ialah tempat penantian menunggu kebangkitan bukan tempat kediaman terakhir. Allah berfirman :
"Dan di hadapan mereka ada alam barzakh sampai hari mereka dibangkitkan" (Al-Mu’minun: 100)

3. Daarul qoror, yakni surga atau neraka.
Allah berfirman :
"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah Daaru ‘l qoror". (Al-Mu’min: 39)

(Disarikan dari At-ta’liqot al-mukhtashoroh ‘ala matni al-‘aqidah at-thohawiyah)

Wahai saudaraku..
Mari sejenak kita berfikir..
Kita melihat sekeliling kita..
Kita renungkan..

Semakin hari jasad kita semakin berkurang kekuatannya..
Semakin rapuh..
Walaupun pelahan tapi itu pasti..
Waktu hidup didunia ada batasnya..
Jika waktu tersebut telah habis.. Maka..Diri ini akan mati..

Saudaraku.. Jika umur itu spanjang 100th.. Maka tempoh itu juga akan habis..
Tidak ada umur yg kekal..
Fikirkan apabila nyawa kita suatu hari meregang..
Disaat itu kita berpindah ke Alam akhirat..
Dan itu pasti terjadi..
Pintu itu adalah MATI..
Jika masih ada waktu.. Jadikan ia sumber untuk menjadikan hati ini selalu ingat kepada Allah dan hari akhirat..

Kadang kita dengar kabar..si fulan mati diumur 20th,, si fulan mati diumur 17th,, si fulan mati diumur 30th dan lain-lain

Maka jika mati itu tidak dapat ditentukan datangnya.. Mengapa kita lalai..

Hati ini terkadang atau bahkan sering merasa akan berumur panjang..
Selalu berangan hari esok masih ada hari dan hari esoknya.. bulan depan dan seterusnya..
Beribadahlah wahai jiwa dikala ada kesempatan..
Jangan engkau lalai pangilan Allah ta'ala disaat ada kewajiban..
Diwaktu waktu ada kesempatan beribadah maupun beramal janganlah enggan..

Semoga kita cerdas dalam menggunakan kesempatan..


30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.